Selasa, 21 Jun 2011

Bina Blog Dalam Masa 3 minit

Rahsia membina Blog dalam 3 minit
…………………………………………
By Sazlairie, Penulis, Rahsia Jutawan Affiliate Internet
…………………………………………
Pengenalan Buat masa ini, penggunaan blog amat memberansangkan sekali.
Nak tahu kenapa?
Sebab dengan adanya blog, anda dapat mendedahkan kepada dunia tentang diri anda. Dengan sekelip mata saja, idea dan perasaan anda dapat dicurahkan untuk tatapan semua orang. Buku idea dan perasaan anda sahaja tetapi untuk tujuan mempromosi produk dan perkhidmatan anda juga sesuaiii!
Terima kasih kepada blogger.com yang menawarkan perkhidmatan blog secara percuma. Ya, memang percuma!
Pada mulanya ramai yang menganggap blog sebagai satu ancaman kepada bidang kewartawanan. Ada yang mengatakan maklumat terkini boleh didapati dari blog. Itu yang saya ingin ingatkan disini, ramai orang telah menyalah gunakan blog untuk tujuan mengutuk dan mendedahkan keaiban seseorang kepada masyarakat menggunakan blog.
Kenapa blog ini hangat diperkatakan sekarang? Penggunaan blog adalah pantas, mudah dan popular gitu. Tambahan pula enjin carian memang sukakan blog lagi-lagi kalau anda selalu mengemaskini kandungan blog anda.
Ia amat sesuai untuk mendapat ranking tinggi dengan lebih pantas melalui blog berbanding dengan cara mengoptimisasi halaman web yang lain.
Mulakan blog anda hari ini dengan menggunakan ebook ini dan dengan hanya beberapa minit sahaja anda dapat menikmati blog yang anda ingini tanpa perlu membeli domain dan hosting.
…………………………………………
Selamat datang ke alam blog!
Dalam ebook ini, saya pecah kepada beberapa bahagian mengikut turutan untuk membina blog. Paparan dari blogger juga ditunjukkan berserta keterangan satu persatu bagi memudahkan anda membina blog pertama anda.
Ikuti satu persatu dalam beberapa minit dan akhirnya anda dapat memiliki blog anda yang pertama!
Adakah anda bersedia?
Ok. Mulakan dengan melayari web http://blogger.com

Untuk melihat hasilnya, klik “View Blog (in a new window)”

Itulah hasilnya..
Maka sekarang anda dapat membina blog anda sendiri untuk mempromosi barangan atau perkhidmatan atau anda boleh gunakan blog untuk meluahkan perasaan anda atau “interest atau hobi” anda
…………………………………………
Untuk keterangan lanjut:
http://www.jutawansiber.com/
Penaja:
Ruangiklan.com
Duniainternet.com
Studioezine.com
Studiojokes.com
E-lagu.com
Yang Benar,
Sazlairie Founder Jutawansiber.com
admin@jutawansiber.com
Page 12 of 12
© 2006 by Jutawansiber.com. All rights reserved.

Isnin, 7 Februari 2011

....Selingkar Kisah Taubat......

Selingkar Kisah Taubat



Taubat Si Penabur Fitnah

Saat bin Abi Waqash pernah diangkat sebagai Amir di kota Kufah. Dia telah menjalankan pemerintahan dengan bijak, adil dan baik. Walaupun demikian ada di kalangan manusia yang tidak suka kepadanya telah menabur fitnah dan mengadu kepada Amirul Mukminin Umar bin Khattab ra.
Untuk mengetahui dari perkara yang sebenarnya, Khalifah telah menghantar seorang penyiasat ke Kufah. Orang ini pergi dari satu masjid ke masjid lainnya untuk menanyakan hal Saad kepada rakyat Kufah. Semua orang yang ditanya, tidak ada yang mengatakan sesuatu tentang Saad kecuali baik.
Pada akhirnya utusan Khalifah sampai ke sebuah masjid yang di situ terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Saadah. Lelaki ini mengatakan bahawa Saad bin Abi Waqash tidak membahagi secara adil, tidak ikut ke medan pertempuran dan tidak adil dalam memutuskan sesuatu perkara.
Apabila Saad mendengar tentang fitnah yang ditaburkan oleh lelaki itu, dia berdoa kepada Allah SWT. “Ya Allah, jika sekiranya orang itu berkata dengan bohong, maka panjangkanlah usianya, panjangkan kefakirannya dan timpakan beberapa fitnah kepadanya.”
Ibnu Umair yang menceritakan kisah ini berkata: “Aku melihat lelaki itu dalam keadaan yang sangat tua sehingga bulu alisnya sampai menutup matanya kerana ketuaan. Hidupnya dalam keadaan fakir.”
Bila dikatakan kepadanya: “Bagaimanakah keadaanmu?”
Dia menjawab: “Aku telah menjadi orang yang terlalu tua dan menderita. Aku telah terkena doa Saad, oleh kerana itu, aku bertaubat kepada Allah, untuk tidak mengulangi lagi perbuatanku yang suka memfitnah itu.”


Taubat Para Askar
Pada suatu hari Syeikh Baqan sedang berada di tepi sungai. Tiba-tiba sebuah perahu yang memuat sekumpulan tentera lalu di sungai itu. Di dalam perahu tersebut banyak terdapat arak dan benda-benda terlarang lainnya. Syeikh yang berada di tebing sungai tahu akan barang-barang terlarang yang ada di dalam perahu itu dengan kasyafnya.
“Wahai pahlawan! Bertakwalah kamu kepada Allah dan naiklah engkau ke darat!” teriak Syeikh Baqan.
Akan tetapi orang-orang yang ada di dalam perahu itu tidak memperdulikan seruan itu, bahkan menoleh pun tidak.
Melihat kedegilan mereka, Syeikh Baqan berseru kepada sungai: “Wahai sungai yang tunduk kepada Allah! Berilah pembalasan terhadap orang-orang jahat itu.”
Tiba-tiba air sungai bergelora menghempas perahu mereka sehingga hampir saja karam. Pada saat itu mereka memohon maaf kepada Syeikh Baqan dan menyatakan taubatnya. Mereka betul-betul menyesal dan air sungai kembali tenang seperti sebelumnya sehingga mereka turun dengan selamat. Sejak itulah mereka sering berziarah ke rumah Syeikh Baqan.



Taubat Seorang Pegawai Tinggi

Sari As-Saqati bercerita bahawa pada suatu hari dia sedang memberi arahan di sebuah masjid jamik. Tiba-tiba datang seorang pemuda dengan pakaian yang mewah dan dikawal oleh beberapa orang pengiring. Dia duduk di masjid itu dan mendengarkan syarahan. Ketika itu Sari berkata: “Adalah suatu keajaiban bagi orang yang sangat lemah berani menentang orang yang sangat kuat.”
Wajah si pemuda berubah sebaik saja mendengar ucapan Sari, dan terus pulang. Keesokan harinya Sari mengajar lagi sebagaimana biasa. Pemuda yang semalam datang dengan berpakaian mewah, sekarang hanya memakai pakaian biasa dan tanpa pengawal.
“Wahai tuan guru! Apakah maksud perkataan tuan yang semalam itu?” tanya orang muda itu kepada Sari.
“Tidak ada yang lebih kuat selain Allah, dan tidak ada yang lebih lemah selain manusia. Akan tetapi manusia berani menentang Allah dengan bermaksiat kepadaNya. Bukankah itu suatu keajaiban?” Jawab Sari.
Pemuda itu tertunduk mengingatkan dosa-dosa yang telah dilakukannya, kemudian dia pulang dengan seribu tanda tanya di hatinya, apakah Allah mahu mengampunkan dosa-dosa yang pernah dilakukannya itu? Apakah Allah akan menerima taubatnya? Keesokan harinya dia telah datang lagi kepada Sari.
“Wahai tuan Sari! Tunjukkan kepada saya jalan menuju Allah,” kata pemuda itu.
“Ada dua cara untuk sampai kepada Allah. Yang pertama dengan mengerjakan semua yang terkandung di dalam Al-Quran, yakni solat, zakat, puasa, haji dan lain-lain pekerjaan. Yang kedua dengan cara meninggalkan segala-galanya selain Allah, kemudian dia tidak tinggal melainkan hanya di masjid atau di tempat-tempat yang sunyi dengan menghabiskan masa untuk beribadah kepada Allah.”
“Kalau begitu, aku tidak akan menempuh melainkan jalan yang lebih dekat,” kata pemuda itu.
Selepas berkata demikian, pemuda itupun keluar menuju padang pasir dan menghabiskan masanya untuk beribadah kepada Allah serta memohon ampun atas segala dosa yang pernah ia lakukan.
Beberapa hari kemudian orang-orang dari istana sibuk mencari Setiausaha Kerajaan yang tidak pulang ke istana. Orang yang mengetahui dia mendengarkan syarahan Sari As-Saqati, datang dan bertanya kepadanya.
“Tuan guru Sari tahukah tuan kemana perginya pemuda yang datang ke sini beberapa hari yang lalu?”
“Aku tidak tahu, melainkan ada seorang pemuda sifatnya begini dan begitu,” jawab Sari.
“Dia itulah Ahmad bin Yazid, Setiausaha Kerajaan ini,” jawab mereka.
Sari As-Saqati menerangkan bahawa si pemuda telah memilih jalan pintas menuju Allah. Dia sekarang tengah beribadah, diharap pihak istana jangan risau.
Sementara ibu si pemuda itu agak kecewa kerana gara-gara Sari As-Saqati anaknya telah meninggalkan jawatannya sebagai orang kanan kerajaan dan menjadi seorang sufi.
Apabila pemuda itu datang, Sari segera memberitahukan kepada keluarganya. Merekapun datang. Si ibu menangis melihat keadaan anaknya yang hidup glamour itu tiba-tiba memakai baju kasar dan buruk sebagaimana biasanya seorang sufi. Mereka cuba memujuk si pemuda agar meneruskan pekerjaannya lagi, namun dia sudah tidak mahu.
“Engkau telah tergamak membuatku menjadi janda dan anak kita menjadi yatim padahal engkau masih hidup,” kata isteri lelaki itu. “Bawalah anak ini ke mana engkau pergi.”
Lelaki itu lalu menanggalkan pakaian mewah anaknya dan ditukarnya dengan pakaian kasar seperti seorang darwisy. Melihat itu, si ibu langsung menyambar anaknya dan menanggalkan baju kasar di badannya, lalu digantikannya dengan baju istana. Kemudian mereka meninggalkan Setiausaha Kerajaan yang telah menjadi Darwisy itu masuk ke hutan belantara.
Beberapa hari kemudian ada orang datang kepada Sari memberitahukan bahawa bekas Setiusaha Kerajaan itu sedang terbaring di atas tanah perkuburan dan meminta tuan guru Sari agar datang ke sana. Sesampainya di sana, Sari mendapati pemuda itu sedang nazak di atas tanah.
“Tuan datang agak lambat,” kata pemuda itu kepada Sari. Selepas menyebut Kalimah Tauhid, pemuda itupun meninggal dunia.
Sari As-Saqati segera pulang untuk memberitahukan orang ramai dan mengambil alat-alat pengkebumian, tapi sesampainya di tengah jalan dia telah berjumpa dengan orang ramai lengkap membawa alat-alat untuk penyelenggaraan jenazah. Mereka mendakwa telah mendengar suara bahawa Setiusaha Kerajaan telah meninggal dunia sebagai hamba yang dicintai Allah.


Taubat Gabenor yang Zalim

Diceritakan bahawa di masa hidup Sayyidah Nafisah ada seorang gabenor zalim yang suka menyeksa rakyatnya tanpa alasan yang munasabah. Suatu hari dia telah memerintahkan kepada beberapa orang pegawainya agar menangkap seorang yang dikehendaki untuk diseksanya.
Mendengar dirinya akan ditangkap, orang yang dikehendaki itu lari ke rumah Sayyidah Nafisah minta perlindungan dan ja-minan. Bagaimanapun petugas gabenor dapat mengesannya. Orang yang dikehendaki ketakutan apabila petugas gabenor datang untuk menangkapnya.
“Insya Allah setelah engkau menghadapnya, engkau akan dibebaskan. Pergilah jangan takut, semoga Allah akan menghijab kamu dari penglihatan orang-orang yang zalim,” kata Sayyidah Nafisah kepada orang yang akan dizalimi.
Maka pergilah lelaki itu bersama orang-orang gabenor yang zalim sehingga sampai di istana. Para petugas yang mengawalnya membawa lelaki itu ke hadapan gabenor yang sedang duduk di balai penghadapan.
“Mana orang yang saya suruh tangkap itu?” tanya gabenor kepada para petugas.
“Yang berdiri di hadapanmu itulah,” jawab mereka.
“Betul Mana? Aku tidak nampakpun,” kata gabenor kebingungan.
“Ini dia tuan, takkan tidak nampak,” kata mereka lagi.
“Sungguh aku tidak melihatnya,” kata si gabenor. “Pelik betul, apa yang terjadi dengan dia?”
Sebelum dibawa ke sini, dia telah pergi ke rumah Sayyidah Nafisah dan memohon doa. Lalu beliau berdoa: “Semoga Allah menghijab kamu dari penglihatan orang-orang yang zalim.” Kata para petugas memberikan keterangan.
“Masya Allah kalau begitu aku memang zalim. Apakan jadi kalau semua orang yang teraniaya dihijab oleh Allah dari penglihatanku?” kata gabenor. “Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu.”
Gabenor kelihatan sangat menyesal dan takut, lalu dibukanya tutup kepalanya. Kerana dia telah betul-betul bertaubat, tiba-tiba dia melihat lelaki yang dikehendakinya berdiri tegap di hadapannya. Dia meminta maaf dan mengecup kepala lelaki itu. Lalu dikeluarkannya beberapa helai baju yang bagus dan sejumlah wang dan diberikannya kepada lelaki itu sebagai rasa syukurnya. Selepas itu gabenor yang telah bertaubat itu mengeluarkan sejumlah hartanya lagi dan disedekahkannya kepada fakir miskin. Dia juga mengantar utusan kepada Sayyidah Nafisah dengan membawa wang seratus ribu dirham untuk diberikan kepada beliau.
Wang itu diterima oleh Sayyidah Nafisah lalu dibukanya ketika itu dan dibahagi-bahagikan kepada orang lain yang memerlukannya sehingga habis.
“Wahai Sayyidah Nafisah! Seandainya engkau tinggalkan sedikit wang untuk membeli buka puasa kita, kan baik,” kata perempuan-perempuan sufi yang ada di sekitarnya.
“Ambillah benang yang telah kupintal dengan tanganku sendiri dan jual. Hasilnya belikan makanan untuk buka kita.” Kata Sayyidah.
Pergilah perempuan itu menjual benang hasil pintalan tangan Sayyidah Nafisah yang mulia itu, dan hasilnya dibelikan makanan untuk berbuka puasa mereka. Dengan demikian, Sayyidah Nafisah tidak mengambil sedikitpun wang yang diberikan oleh gabenor.

Ahad, 30 Januari 2011

Wasiat Sebelum Tidur



Majdi As-Sayyid Ibrahim
"Ali berkata, Fathimah mengeluhkan bekas alat penggiling yang dialaminya. Lalu pada saat itu ada seorang tawanan yang mendatangi Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Maka Fathimah bertolak, namun tidak bertemu dengan beliau. Dia mendapatkan Aisyah. Lalu dia mengabarkan kepadanya. Tatkala Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tiba, Aisyah mengabarkan kedatangan Fathimah kepada beliau. Lalu beliau mendatangi kami, yang kala itu kami hendak berangkat tidur. Lalu aku siap berdiri, namun beliau berkata. 'Tetaplah di tempatmu'. Lalu beliau duduk di tengah kami, sehingga aku bisa merasakan dinginnya kedua telapak kaki beliau di dadaku. Beliau berkata. 'Ketahuilah, akan kuajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang engkau minta kepadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah tiga puluh empat kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali, dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali, maka itu lebih baik bagimu daripada seorang pembantu". (Hadits Shahih, ditakhrij Al-Bukhari 4/102, Muslim 17/45, Abu Dawud hadits nomor 5062, At-Tirmidzi hadits nomor 3469, Ahmad 1/96, Al-Baihaqy 7/293)
Wahai Ukhti Muslimah !
Inilah wasiat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bagi putrinya yang suci, Fathimah, seorang pemuka para wanita penghuni sorga. Maka marilah kita mempelajari apa yang bermanfa'at bagi kehidupan dunia dan akhirat kita dari wasiat ini.
Fathimah merasa letih kerana banyaknya pekerjaan yang harus ditanganinya, dimana berupa pekerjaan-pekerjaan rumah tangga, terutama pengaruh alat penggiling. Maka dia pun pergi menemui Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam untuk meminta seorang pembantu, yakni seorang wanita yang bisa membantunya.
Tatkala Fathimah memasuki rumah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, dia tidak mendapatkan beliau. Dia hanya mendapatkan Aisyah, Ummul Mukminin. Lalu Fathimah menyebutkan keperluannya kepada Aisyah. Tatkala beliau tiba, Aisyah mengabarkan urusan Fathimah.


Beliau mempertimbangkan permintaan Fathimah. Dan, memang beliau mempunyai beberapa orang tawanan perang, ada pula dari kaum wanitanya. Tetapi tawanan-tawanan ini akan dijual, dan hasilnya akan disalurkan kepada orang-orang Muslim yang fakir, yang tidak mempunyai tempat tinggal dan makanan kecuali dari apa yang diberikan Rasulullah. Lalu beliau pergi ke rumah Ali, suami Fathimah, yang saat itu keduanya siap hendak tidur. Beliau masuk rumah Ali dan Fathimah setelah meminta izin dari keduanya. Tatkala beliau masuk, keduanya bermaksud hendak berdiri, namun beliau berkata. "Tetaplah engkau di tempatmu". "Telah dikabarkan kepadaku bahwa engkau datang untuk meminta. Lalu apakah keperluanmu?".
Fathimah menjawab. "Ada khabar yang ku dengar bahwa beberapa pembantu telah datang kepada engkau. Maka aku ingin agar engkau memberiku seorang pembantu untuk membantuku membuat roti dan adunannya. Kerana hal ini sangat berat bagiku".
Beliau berkata. "Mengapa engkau tidak datang meminta yang lebih engkau sukai atau lebih baik dari hal itu ?". Kemudian beliau memberi isyarat kepada keduanya, bahwa jika keduanya hendak tidur, hendaklah bertasbih kepada Allah, bertakbir dan bertahmid dengan bilangan tertentu yang disebutkan kepada keduanya. Lalu akhirnya beliau berkata. "Itu lebih baik bagimu daripada seorang pembantu".
Ali tidak melupakan wasiat ini, hingga setelah istrinya meninggal. Hal ini dikatakan Ibnu Abi Laila. "Ali berkata, 'Semenjak aku mendengar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, aku tidak pernah meninggalkan wasiat itu".
Ada yang bertanya. "Tidak pula pada malam perang Shiffin ?".
Ali menjawab. "Tidak pula pada malam perang Shiffin".
(Ditakhrij Muslim 17/46. Yang dimaksud perang Shiffin di sini adalah perang antara pihak Ali dan Mu'awiyah di Shiffin, suatu daerah antara Irak dan Syam. Kedua belah pihak berada di sana beberapa bulan)
Boleh jadi engkau bertanya-tanya apa hubungan antara pembantu yang diminta Fathimah dan dzikir ?
Hubungan keduanya sangat jelas bagi orang yang memiliki hati atau pikiran yang benar-benar sadar. Sebab dzikir bisa memberikan kekuatan kepada orang yang melakukannya. Bahkan kadang-kadang dia bisa melakukan sesuatu yang tidak pernah dibayangkan. Di antara manfaat dzikir adalah :
1.Menghilangkan duka dan kekhawatiran dari hati.
2.Mendatangkan kegembiraan dan keceriaan bagi hati.
3.Memberikan rasa nyaman dan kehormatan.
4.Membersihkan hati dari karat, yaitu berupa lalai dan hawa nafsu.
Boleh jadi engkau juga bertanya-tanya, ada dzikir-dzikir lain yang bisa dibaca sebelum tidur selain ini. Lalu mana yang lebih utama ? Pertanyaan ini dijawab oleh Al-Qady Iyadh : "Telah diriwayatkan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam beberapa dzikir sebelum berangkat tidur, yang bisa dipilih menurut kondisi, situasi dan orang yang mengucapkannya. Dalam semua dzikir itu terdapat keutamaan".
Secara umum wasiat ini mempunyai faidah yang agung dan banyak manfaat serta kebaikannya. Inilah yang disebutkan oleh sebagian ulama :
Pertama
Menurut Ibnu Baththal, di dalam hadits ini terkandung hujjah bagi keutamaan kemiskinan daripada kekayaan. Andaikata kekayaan lebih utama daripada kemiskinan, tentu beliau akan memberikan pembantu kepada Ali dan Fathimah. Dzikir yang diajarkan beliau dan tidak memberikan pembantu kepada keduanya, bisa diketahui bahwa beliau memilihkan yang lebih utama di sisi Allah bagi keduanya.
Pendapat ini disanggah oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar. Menurutnya, hal ini bisa berlaku jika beliau mempunyai lebihan pembantu. Sementara sudah disebutkan dalam pengabaran di atas bahwa beliau merasa perlu untuk menjual para tawanan itu untuk menafkahi orang-orang miskin. Maka menurut Iyadh, tidak ada sisi pembuktian dengan hadits ini bahwa orang miskin lebih utama daripada orang kaya.
Ada perbedaan pendapat mengenai makna kebaikan dalam pengabaran ini. Iyadh berkata. "Menurut zhahirnya, beliau hendak mengajarkan bahwa amal akhirat lebih utama daripada urusan dunia, seperti apapun keadaannya. Beliau membatasi pada hal itu, karena tidak memungkinkan bagi beliau untuk memberikan pembantu. Kemudian beliau mengajarkan dzikir itu, yang bisa mendatangkan pahala yang lebih utama daripada apa yang diminta keduanya".
Menurut Al-Qurthuby, beliau mengajarkan dzikir kepada keduanya, agar ia menjadi pengganti dari do'a tatkala keduanya dikejar kebutuhan, atau karena itulah yang lebih beliau sukai bagi putrinya, sebagaimana hal itu lebih beliau sukai bagi dirinya, sehingga kesulitannya bisa tertanggulangi dengan kesabaran, dan yang lebih penting lagi, karena berharap mendapat pahala.
Kedua
Disini dapat disimpulkan tentang upaya mendahulukan pencari ilmu daripada yang lain terhadap hak seperlima harta rampasan perang.
Ketiga
Hendaklah seseorang menanggung sendiri beban keluarganya dan lebih mementingkan akhirat daripada dunia kalau memang dia memiliki kemampuan untuk itu.
Keempat
Di dalam hadits ini terkandung pujian yang nyata bagi Ali dan Fathimah.
Kelima
Seperti itu pula gambaran kehidupan orang-orang salaf yang shalih, mayoritas para nabi dan walinya.
Keenam
Disini terkandung pelajaran sikap lemah lembut dan mengasihi anak putri dan menantu, tanpa harus merepotkan keduanya dan membiarkan keduanya pada posisi berbaring seperti semula. Bahkan beliau menyusupkan kakinya yang mulia di antara keduanya, lalu beliau mengajarkan dzikir, sebagai ganti dari pembantu yang diminta.
Ketujuh
Orang yang banyak dzikir sebelum berangkat tidur, tidak akan merasa letih. Sebab Fathimah mengeluh letih karena bekerja. Lalu beliau mengajarkan dzikir itu. Begitulah yang disimpulkan Ibnu Taimiyah. Al-Hafidz Ibnu Hajar berkata. "Pendapat ini perlu diteliti lagi. Dzikir tidak menghilangkan letih. Tetapi hal ini bisa ditakwil bahwa orang yang banyak berdzikir, tidak akan merasa mendapat madharat karena kerjanya yang banyak dan tidak merasa sulit, meskipun rasa letih itu tetap ada".
Begitulah wahai Ukhti Muslimah, wasiat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin penghuni sorga, Fathimah, yaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah bagaimana seorang putri Nabi dan istri seorang shahabat yang mulia, harus menggiling, membuat adonan roti dan melaksanakan pekerjaan-pekerjaan rumah tangganya. Maka mengapa engkau tidak menirunya ?

Sabtu, 29 Januari 2011

............Di mana nilai tudung seorang WANITA........



   Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
   Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
   Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
   Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
   Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
   Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
   Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
   Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
   Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
   Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
   Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
   Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
   Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
   Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
   Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
   Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
   Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
   Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Jumaat, 28 Januari 2011

mengapa wanita mudah menangis........

Mengapa Wanita Mudah Menangis?



Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan
memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".

Isnin, 24 Januari 2011

Seharum Bunga Kemboja..


Seharum Bunga Kemboja..

“ Ya Tuhan, selamatkanlah dirinya. Aku masih memerlukan dirinya. Ya Allah, aku tak sanggup kehilangannya. Berikanlah aku kesempatan agar aku dapat membahagiakan dirinya kembali. Ya Tuhan...” rintihku perlahan. Aku benar -benar menyesal dengan setiap perbuatanku. Semuanya salah diriku. Kalaulah aku tidak mempersiakan dirinya dulu,kalaulah aku tidak terlalu menuruti hawa nafsuku, mungkin perkara ini tidak akan berlaku. Kejamnya diriku ini. Ya Allah, selamatkanlah dirinya, makbulkanlah doaku ini ya Tuhan. Mataku masih memandang ke arah bilik pembedahan yang menempatkan insan yang pernah aku sakiti dulu sambil tanganku menyentuh cincin pemberiannya yang tersarung di jari manisku. Bunyi daun pintu yang terkuak dari arah bilik pembedahan menarik perhatianku. Lantas aku mengalihkan pandanganku ke arahnya dan kelihatan seorang wanita berbaju serba putih yang mengatur langkah menuju ke arahku sambil memandangku dengan raut wajah yang sedih. Dari raut wajahnya, aku sudah dapat membaca kesemuanya. Setiap bait perkataan yang ku dengar menambahkan lagi kedukaan dalam diriku. Aku mulai merasakan pandanganku kian kelam dan akhirnya keadaan sekelilingku menjadi gelita.


“ Sampai hati abang buat yana macam ni. Apa salah yana, bang? Yana ada sakitkan hati abang ke? Kenapa abang tiba -tiba nak putuskan hubungan dengan yana? Jangan buat yana macam ni”, rintih Zuryana pilu. Aku memandang sayu wajah Zuryana. “ Yana, maafkan abang. Abang terpaksa yana. Abang terpaksa. Abang cuma harap yana akan faham kenapa abang ambil tindakan macam ni”, kataku perlahan sambil memandang wajah lembut Zuryana. “ Sampai hati abang”, hanya itu yang terluah dari bibir Zuryana. “ Kalau abang memang nak putuskan hubungan kita selama ni, yana tak boleh nak halang. Cuma yana minta abang halalkan makan,minum yana ,setiap perhatian dan kasih sayang abang pada yana selama ni. Mungkin yana bukan yang terbaik untuk abang. Yana minta maaf kalau selama ni yana dah banyak menyusahkan abang. Yana minta diri dulu bang. Abang jaga diri baik -baik. Selamat ttinggal bang. Assalamualaikum.” Zuryana menoktahkan bicaranya. Aku hanya mampu memandang Zuryana pergi tanpa menghalangnya. Aku tahu Zuryana terlalu kecewa dengan sikapku. Tapi apakan dayaku. Aku pasti yana tidak akan merasa erti kebahagiaan jika bersama dengan seorang penagih. Tanpa ku sedari, air mataku mengalir perlahan. Remuk hatiku melihat Zuryana pergi tanpa sekalipun mengalih pandangannya ke arah aku. Zuryana tidak tahu betapa peritnya hatiku terpaksa berpisah dengan dirinya. Zuryana tidak tahu betapa aku terlalu menyayangi dirinya dan Zuryana tidak akan tahu aku kini hanya menunggu masa untuk dijemput Ilahi. “ Tabahkan hatiku, ya Allah”, rintihku perlahan.


“ Fahrin, untuk kali ni ja, boleh tak awak dengar cakap saya? Semua orang nak awak sihat macam dulu. Awak jangan patah semangat macam ni. Tolonglah dengar cakap saya ok”, aku hanya tersenyum sambil memandang wajah sahabatku yang bertugas merawat diriku. “ Untungkan bila kawan sendiri jadi doktor”, usikku kepada Munirah. Munirah hanya mendiamkan diri. “ Ira, bukan saya tak nak berubat, tapi pesakit HIV macam saya ni ada ke penawarnya? Tak payah awak susahkan diri awak ira, lambat laun saya akan mati juga. Saya dah tak larat nak berubat. Biarlah Allah yang tentukan nasib saya. Saya harap awak faham saya”, kataku perlahan. Dari raut wajah Munirah, aku tahu dia tidak sependapat dengan aku dan mungkin dia kecewa dengan sikap degilku ini. “ Ira”, panggilku perlahan. Munirah memandang wajahku. “ Saya bertuah sangat-sangat ada kawan macam ira dalam hidup saya. Saya dah tak ada sesiapa dalam hidup saya ira. Awak sajalah yang saya ada. Saya hanya perlukan sokongan awak saja untuk teruskan sisa baki hidup saya. Awak sentiasa akan ada disisi saya kan?” tanyaku sambil memandang wajah Munirah yang mulai basah dengan air mata. Lantas disekanya air matanya sambil tersenyum memandangku. Aku pasti Munirah akan sentiasa ada disisiku sehingga saat maut datang menjemputku.


Pagi masih awal benar. Aku memandang jauh menghala ke arah kawasan bukit yang terletak berhampiran dengan tingkap di bilikku ini. Tenang rasanya apabila memandang kawasan yang hijau ciptaan Allah yang sangat indah. Dalam penuh rasa tawaduk, aku memanjatkan kesyukuran kepadaNya kerana masih sudi memberi peluang kepadaku untuk terus hidup di atas muka buminya yang bersifat sementara ini. Aku kembali ke katilku lalu tanganku pantas mencapai diariku yang menyimpan sejuta rahsia didalamnya. Tanganku ligat mencoret tentang perasaanku pada tika ini yang diamuk kerinduan terhadap Zuryana. Ternyata aku masih tidak dapat melupakan dirinya. Aku terlalu merindui setiap tutur katanya,tingkah lakunya dan segala-galanya tentang dia.
Namun aku tahu Zuryana tidak mungkin akan memaafkan diriku lagi selepas apa yang aku telah lakukan pada dirinya. “ Maafkan abang, yana”, bisikku syahdu dalam tangisan yang tiada kedengaran.


“Maksud awak,yana tak pernah tahu dengan apa yang jadi pada awak? Yana tak tahu yang awak hanya mangsa semata-mata?”' lantang suara Munirah menyoal aku. “ Ira, saya bukan ada jauh dari awak pun, kenapa awak nak kena cakap kuat-kuat kat saya? Ya, yana tak tahu langsung pasal apa yang jadi dekat saya dan saya tak nak dia tahu. Tolong saya ira, awak jangan beritahu dia ya. Saya percayakan awak”, kataku sambil memandang wajah Munirah dengan penuh pengharapan. “ Kenapa awak tak beritahu dia? Awak tahu tak dia dah anggap awak yang bukan-bukan? Dia ingat awak saja hendak mempermainkan dirinya. Kenapa awak tak nak dia tahu? Kenapa?” “ Ira, bila kita sayang seseorang itu, segala bentuk kesedihan, kedukaan akan kita sedaya upaya jauhkan dari menyelubungi diri insan yang kita sayangi itu dan saya hanya inginkan yana gembira tanpa fikirkan soal saya”, luahku perlahan. Munirah hanya mampu mendiamkan diri apabila mendengar bait kata yang keluar dari bibirku.


“ Sakit?! Peduli apa saya kalau dia sakit ke, apa ke, dasar penagih! Patutlah beriya-iya nak putuskan hubungan dengan saya, rupa-rupanya sebab menagih benda jahanam tu. Doktor Munirah, tak payah la awak bazirkan masa awak datang jumpa saya semata-mata nak pujuk saya untuk jumpa si penagih tu. Lagipun antara saya dengan dia dah tak ada apa-apa. Sekarang awak boleh balik dan cakap dekat penagih penipu tu,saya tak nak jumpa dia. Faham!”, Sakit hati Munirah mendengar kata-kata dari bibir Zuryana.Ternyata hati Zuryana kini sudah tidak bisa dilembutkan lagi. “ Memang awak dah tak ada apa-apa hubungan dengan Fahrin tapi Fahrin memerlukan awak saat ni. Awak mungkin tak tahu selama ni Fahrin terlalu rindukan awak. Awak tak pernah cari punca dan sebab kenapa dia nak putuskan hubungan dia dengan awak. Pernahkah awak tahu betapa terseksanya dia bila terpaksa berpisah dengan insan yang amat dia cintai? Tapi awak boleh cakap macam ni. Kalaulah awak tahu apa sebenarnya yang jadi. Kalaulah yana...” Munirah tidak mampu lagi meneruskan bicaranya. Air mata yang mulai turun di pipinya lantas diseka. “ Yana, saya minta awak jumpa dia sebelum semuanya terlambat dan dia meninggalkan kita”, lirih suara Munirah namun mampu menyentap perasaan Zuryana. “ Sebelum terlambat?”, hati Zuryana mulai berkocak.


“ Yana akan datang ke ira?”, tanyaku perlahan sambil memandang wajahnya. Pandanganku kini makin kabur. Genggamanku mulai longgar. Katanya Munirah, ini implikasi dari penyakit yang aku hadapi dan aku redha dengan kesan yang terpaksa aku hadapi ini disebabkan kesilapanku dulu. Melihat Munirah yang hanya mendiamkan diri, aku mengajukan soalan yang sama pada Munirah sekali lagi. Air muka Munirah yang muram jelas memberikan aku jawapan bahawa yana masih belum memaafkan aku dan dia tidak mahu berjumpa denganku lagi. Aku pasrah andai itu yang dia inginkan. Aku tidak akan memaksa. “ Ira, awak tolong saya sesuatu boleh? Awak tolong bagikan ini kepada yana”, pintaku sambil tanganku menghulurkan bungkusan kepada Munirah namun belum sempat bungkusan itu dicapai Munirah, pandanganku mulai gelap den gelita. “ Nurse!!!!!!!!”, laung Munirah sekuat hati apabila melihat Fahrin tidak sedarkan diri.


Denyutan nadi Fahrin yang semakin lemah membimbangkan Munirah. Munirah dan pihak hospital sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan nyawa Fahrin. Namun, ternyata Tuhan yang lebih berkuasa dan Tuhan juga lebih menyayangi Fahrin. Fahrin terseksa sudah terlalu lama akhirnya dia bebas juga dari penderitaan yang dialaminya. Tanpa dipinta, air mata mula mengalir dan membasahi pipi Munirah. Bagaimana harus dia khabarkan berita ini pada Zuryana yang sedang menanti hasil pembedahan ini? Ya Allah...


Dari jauh dia berjalan menghampiri Zuryana yang masih setia menunggu untuk berjumpa dengan Fahrin. Kelihatan di tangan kiri Zuryana, memegang erat warkah yang diberikan oleh Fahrin kepadanya. Munirah tahu yana sudah tahu akan hal yang sebenarnya kalau tidak yana tidak akan datang ke hospital untuk bertemu dengan Fahrin. Namun sayangnya, Fahrin telah pergi buat selama-lamanya. Zuryana yang menyedari Munirah menghampirinya lantas memandang wajah Munirah namun dari raut wajah Munirah, Zuryana sudah membaca kesemuanya. Fahrin telah meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Setiap perkataan yang keluar dari bibir Munirah hanya menambahkan lagi kesedihannya. Dia mula merasakan pandangannya kian kelam dan akhirnya keadaan di sekelilingnya menjadi gelita. “ Yanaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!

“Abang, warkah abang yang terakhir kali ini akan yana hargai sampai bila-bila. Yana minta maaf abang sebab tak sempat jumpa abang. Maafkan yana, bang”. Zuryana membaca warkah yang diberikan oleh Fahrin kepada dirinya sambil tangannya menyeka air mata yang jatuh membasahi pipi......


Assalamualaikum Zuryana yang dirindui,

Yana, di saat warkah ini sampai di tangan yana, abang sendiri tidak pasti sama ada abang masih bernafas di atas muka bumi ini atau menemui Tuhan Yang Esa. Yana,abang ingin memohon ampun di atas setiap perbuatan abang yang telah melukakan hati yana selama ni. Ketahuilah sayang, abang tidak pernah terlintas di fikiran dan terniat di hati untuk melukakan hati yana. Abang terpaksa berpisah dengan yana sebab abang tak nak hidup yana akan terseksa dengan orang macam abang ni yana. Yana terlalu baik untuk abang. Abang yang tidak cukup sempurna untuk yana. Abang seorang penagih,yana. Abang sendiri tak tahu macam mana abang nak beritahu yana yang abang terjebak dalam kancah dadah ni. Abang tahu yana mesti kecewa dengan abang. Mungkin sebab itu, bila yana tahu yang abang penagih dadah, yang dah tak nak jumpa abang walaupun Munirah ada pujuk yana. Abang betul-betul menyesal yana. Kalaulah masa boleh diputarkan kembali , yana..abang tak nak terlibat dalam dadah...abang tak nak...abang menyesal yana...abang yang salah...

Yana,
sebelum abang pergi, abang nak yana tahu hal yang sebenarnya. Abang bukan menagih dadah dengan sengaja yana. Abang sendiri tak sedar sejak bila abang mula menagih dadah. Semuanya bermula bila kawan abang sendiri yang menganiayai abang yana. Abang tak pernah tahu yang dia letakkan ubat tidur dalam minuman abang dan bila abang tak sedarkan diri,kawan abang suntik abang dengan dadah yana. Mulanya abang boleh kawal diri, tapi lama kelamaan, abang mula ketagih,yana. Bermula detik itulah, abang mula menjadi penagih dadah. Tapi yana, walaupun abang begini, abang tak pernah ambil kesempatan terhadap diri yana sebab abang terlalu sayangkan yana dan abang tak mungkin akan rosakkan orang yang abang sayang. Abang cuba berubah yana, abang cuba berubah demi yana, tapi yana, abang akui abang terlalu lemah dan mudah tunduk pada godaan dadah. Abang hanyut yana...hanyut...alpa pada Tuhan...alpa pada segalanya..

Yana,
bila abang jumpa dengan Munirah, dia yang banyak bantu abang untuk pulih semula,menjadi abang yang dia kenal dulu. Dia banyak berkorban untuk abang. Pada dia abang luahkan segalanya kerana dia kawan yang abang ada untuk abang luahkan perasaan abang. Munirah banyak berusaha bantu abang untuk pulih semula. Akhirnya yana, berkat doa dan kegigihan Munirah membantu abang dan diiringi kesungguhan abang untuk berubah demi yana, abang berjaya berubah yana. Abang berjaya. Betapa gembiranya abang pada ketika itu yana. Abang berazam untuk melamar yana pada hari yang sama abang bebas dari najis dadah tu dan abang ajak yana keluar pada petang tu. Tapi yana, belum sempat kita bertemu, Munirah telefon abang, minta abang pergi ke hospital kerana ada hal mustahak. Betapa hancurnya hati abang yana bila abang dapat tahu abang disahkan menghidap HIV . Kecewanya hati abang, Tuhan saja yang tahu. Abang tak tahu macam mana abang nk beritahu kat yana. Abang takut yana tak boleh terima sebab tu abang minta hubungan kita diputuskan. Sepatutnya pada petang itu abang jumpa yana untuk melamar yana, tapi harapan abang terpaksa abang sendiri punahkan sebab abang tak nak yana hidup dengan laki macam abang ni. Abang minta maaf yana. Abang tahu abang salah. Abang yang terjebak dalam kancah dadah ni. Akhirnya abang terpaksa bayar kesemua kesilapan abang dengan nyawa abang sendiri. Abang pasrah dengan ketentuanNya. Abang terima semua yang berlaku dengan hati yang terbuka dan abang terima sekiranya ini pengakhiran dalam hidup abang..

Yana,
Sebelum abang pergi, abang nak sangat jumpa yana dan tengok yana pakai cincin yang sepatutnya abang sarungkan dekat jari manis yana petang tu. Entah abang sempat jumpa yana atau tak. Abang betul-betul sayangkan yana dan abang harap dan berdoa yana akan temui insan yang lebih baik dari abang. Doakan semoga abang tenang di sana...


...kalau hari ini insan yang awak sayang pekak,
apa yang awak nak dia dengar...
...kalau hari ini insan yang awak sayang buta,
apa yang awak nak dia lihat...
kalau hari ini insan yang awak sayang bisu,
apa yang awak nak dia ucap..
tapi ingatlah...bila insan yang awak sayang pergi untuk selamanya..
awak tidak akan ada lagi masa bersamanya...


salam sayang,
ahmad fahrin

“ Abang, ketahuilah, yana akan sentiasa menyayangi abang dan semoga abang tenang di sana.Amin”, Zuryana menyudahkan bacaan yasin dan sambil menyeka air matanya, dia merenung jauh ke arah pusara Fahrin yang ditempatkan berasingan dari kawasan pusara yang lain sambil ditemani haruman bunga kemboja di sekitar kawasan pusara.

Sabtu, 1 Januari 2011

orang yang disayang-sayang...........

Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.
 Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita terkeliru.
 Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita terluka.
 Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita terkilan.
 Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.
 Dan selalunya orang yang kita sayang,
 suka membuatkan ianya hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan...Adilkah?"

kenapa yahudi pandai.....?

Tesis yang bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakan secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi ygbaik.Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul KadirUniversiti MassachusetUSA.Mengapa Yahudi Bijak?Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapahospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikanuntuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidakdapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan,dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasaioleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan,perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitunghari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudibegitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah inisuatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikanuntuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan andatesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini keranauntuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadisaya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali sayaperhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia,ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otakbeliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuatsaya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa payah beliau membuat latihan metamati ksehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepalaikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangandan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkarapertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg samaperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurutmereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dankacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialahmereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkanbuah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kitamerasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumahYahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruhanda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurutsaintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapatmerosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, inibermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodohatau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalamibidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anakanak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacangbadam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalampengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telahdilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurutmereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQkanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senamanuntuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaumYahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatikberkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Didalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak diCalifornia, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahunkebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anakYahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagimereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokussesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatannegara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disinimurid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan.
Di akhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akanlulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungansebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaianseluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah ygmencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel olehfakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salahsatu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka inidapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigan di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnyamenunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi(ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka ygberminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jikamereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpafaedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan andauntuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itulahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman diHollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawahnaungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakultiperubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dandigalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpafaedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan Californiasentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijakboleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibumengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapikonsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah carapemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otakkanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatihanak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukankonsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodohakan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan danbegitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotakrokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Sayapuji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! danseperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihatbanyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nyanegeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok,saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sajaIndonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asakrokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Denganpenduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapatdisana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakahkedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hinggake Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dansaya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiritentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program ygtelah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapa tmenulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esay nya hanyalah mengenai ,Mengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa......